Thursday 5 August 2010

Beratus tahun punya Entry yang takku pedulikan. Hehe.

Entry pertama - My Philosopher


setelah lama Nea update blog, dan kini dah ada entry baru...hehehe
ermmm...apa yang Nea nak citekan ekk? okay...
Untuk pengetahuan semua rakyat blogger, Nea dah berjumpa dengan 
putera hati Nea. orangnya tak la hensem. biasa je.
tapi bagi Nea, dialah yang terbaik. hopefully kitorang bahagia la
sampai ke puncak tertinggi. Aminn...
Apa yang istimewanya dia?
penyabar,
memahami,
penyayang,
tak merokok,
sweet,
dan
terima Nea seadanya.. 
Itu hal basic tentangnya. seterusnya, biarlah rahsia... hehe
dengan Putera ni, dia boleh dikatakan Bf pertama Nea lah (walaupun sebelum dia ada sorang)
Apa maksud Nea dengan 'boleh dikatakan' tu? Maksudnya.....
yang sebelum ni, Nea tak suka dia. Nea start sayang dia pun bila Nea mula memahami konsep persahabatan
dengan dia. (itu namanya, bukan couple. Nea anggap dia mcam bestfren+the special one)
so, Putera ni adalah yang pertama. hopefully biarlah dia juga jadi akhir.
Selama kenal dia (mase belum declare) Nea xtau plak yang dia ni manje orangnya.
lepas dah jadi soulmate nehh...da taw la sifat keanak-anakkan dia tu.
Biarlah orang nak kata dia tak hensem pun, Nea trima apa adanya.
Lagipun Nea ni bukan lawa pun nak memilih. Apa yang Allah rezekikan, Nea terima.
Nea gelarkan dia My philosopher. Dia terkenal dengan sifat suka buat lawak.
Dia pandai hiburkan semua orang. Dimana ada dia mesti ada sahaja terdengan orang ketawa.
Itulah istimewanya dia. selain itu dia seorang pendengar yang setia,
disamping itu juga dia seorang yang banyak bercakap! uhhh kalah Nea.
Nea memang jenis tak suke bercakap (hrap maklum.) tapi ia tidak bermaksud
Nea ni sombonk. Nea memang jenis tak reti bergaul.(mak pun geram kat Nea).
apa-apa pun Nea akan cuba jadi peramah macam philosopher...
Always remember our declaration date,
full with tears,unintended n love.
love u, mucuk.
(11/6)

Entry Kedua - Seruan Senja


Ermm... Bunyi semacam je en? Macam misteri. Nak tau x ape mendenye?
Ia adalah tajuk novel baru Nea. sekarang dalam proses. dah sampai bab ke3 dah..
Alhamdulillah... Novel ni adalah novel horror pertama Nea(itupun kalau seram bagi korang la)
Sebelum ni Nea banyak menulis tentang cinta yang berlandaskan agama Islam seperti Setanggi Syurga dan Tadahan Nur Illahi. Selain itu, Nea banyak menulis tentang isu-isu remaja terutama pasal cinta la. hahaha.. 
Dr. Love I la katekan.. (E-Z adalah Dr.Love II) hehehe...
okay, Seruan senja ni adalah mengisahkan 7 orang remaja yang mengharungi 
suatu peristiwa disebuah tapak perkhemahan. Ceritanya terjadi dengan 
pertemuan semula (reunion la tu) 7 pelajar sebuah Universitii setelah 3 tahun terpisah.
2 antara mereka masih sambung belajar ke peringkat seterusnya 5 dari mereka telah pun bekerja
setelah tamat peringkat diploma. Antara 7 orang tersebut 4 dari mereka adalah pasangan tunang. 
Percutian mereka pilih kali ini adalah perkhemahan yang berbentuk seperti sebuah chalet di tengah2
utan. (Khemah amende camtu. xpe, unik). Jadi percutian yang berlangsung selama 2 minggu itu 
berakhir dengan tragedi setelah bermula dengan keriangan dan keseronokkan.
dalam masa 2 minggu percutian diorang tu banyak perkara yang terjadi, kalau nak tau 
apanya, kene tunggu novel tu siap dulu lah. hehe

Entry ketiga - Eccentric Stragic Entertainment


Dulu namanya Eccentric Infinity Ent. Dan skarang dah bertukar.
Apa dah jadi dengan filem drama Unintended? asyik tertangguh je. mungkin salah Nea.
Nea tak cekap dalam hal-hal production. tapi Nea perlukan kawan2.
dengan pertolongan diorang, dapatlah Nea menjalankan projek mega
 kitorang nehh. Tapi satu la masalah besar warga CT112 sem 3 ni. asal nak 
ajak meeting je ada la 3,4 orang hilangkan diri. alasannya, lapar, ngantuk dan sebagainya.
kalau macam tu Nea pun boleh jugak bagi alasan. Baru2 ni apa yang tak sedap didengar,
mereka xnak bayar duit production selagi diorang tak tengok hasil.
masalahnya sekarang macam mana kita n ak tgok hasil kalo 
tak dibayar duit production tu. Hmm... MasyaAllahhhh....
tak pe la. Nea sabar je lah. tak nak cakap banyak. nanti gaduh. Nea tak nak gaduh.
nak uat apa? uat sakit hati je. owg tu salahkan owg ni, owg ni salahkan owg tu,
last2 muke Nea ni jugak yg jadi tundingan diorang. xpelah. dan apa yang mengecewakan Nea ialah,
dari 19 orang dak kelas, hanya 9 je yang nak bekerjasama tmasuk diri nea sendiri. tpi yg 9 org tu pun ada antara diorang cam x ikhlas je. hm.. Nea berserah je la pada tuhan. Nea tgah wat pre-production
sorang2. kalau nak tggu diowg, alamatnya smpai tamat diploma blum tentu dpat release mende ni.
kalau boleh biar ia terhasil saat ni slagi kami semua masih bersama. Nea harap sgt classmate Nea
dpt bg kerjasama. dan tolonglah buang sikap mengata belakang, buruk2kan org lain,
nak berjaya sorang2 dan ckap lebih tpi xde hasil. Nea pun sedar diri nea. Jadi kata2 tdi untuk nea jugak.
Lagi satu yg nea nak tekankan, YA, KITA MMG BERHAK MENDAPAT PULANGAN 
UNTUK KERJA2 YG KITA LAKUKAN, TTAPI, DISINI SAAT INI DAN TIKA INI 
KITA TAK BOLEH PANDANG HASIL YG BAKAL KITA DAPAT DARI KERJA KITA,
APA YANG PENTING ADALAH PENGALAMAN. JIKA TAK DITIMBA PENGALAMAN TU,
TAK KEMANA PUN KITA. Jika ada pengalaman meluas dalam aspek kerja-kerja tertentu yang kita mampu buat, jadi selepas dari itu baru kita cuba lakukan yang terbaik untuk meraih hasilnya 
pulak. tapi disini, Kita dapat lihat, Kita hanya mahu hasil, ttapi tak ada usaha. Dan nak dpatkan hasil tu, 
kalo boleh taknak berkorban sikit. nak berkorban pun was2. akhirnya ia berlalu camtu je.
untuk berjaya mendapatkan pangalaman sterusnya hasil, kita harus berkorban dahulu.
ia adalah sebaik-baik peringkat untuk kita berjaya. = )

Ha tu la dia apabila Danea mula berbicara, panjang bebeno.
apa2 pun ia cuma sekadar info dan perkongsian antara kita.
Apa yang manis kita kongsi, dan apa yang pahit segeralah
kita menghakis pahitnya. whatever it is, Nea mmag sayanglah semua insan 
disekeliling nea. hehe. Itulah dia entry2 yg nea xkhabarkan
selama berehat dari blogging nehh...
Danea sedang melihat,
mendengar,
dan 
hanya 
tersenyum.

No comments:

Post a Comment