Friday 16 April 2010

Tatkala hati kian melabuh tirainya


Berapa lamakah lagi,
aku harus tetap begini...
Sepi menanti diri,
sepi menanti hati.
sepi menanti ini...

Adakah aku tidak seperti dulu lagi?
Adakah aku tidak bisa
rasakan apa yang semua rasa?
Apakah aku hanya nasib dirundung 
kecewa?
kecewa!
kecewa!
kecewa!
Ada apa dengan kecewa?
Bagus sangat kah perkataan itu?
Mengapa semua orang harus merasainya?

Mengapakah aku tidak bisa bertahan,
mempertahankan,
dan dipertahankan?
Aku sakit hati...
aku sedih sendiri...
namun tiada yang peduli melainkan
aku yang memujuk diriku sendiri..

kerna apa? 
kerna aku sudah bisa hidup
dengan bergantung pada diri aku sendiri.
suka duka aku,
pahit manis aku,
saat getir dan tenangku,
semuanya aku.
bisakah aku berkongsi dengan sesiapa?

Siapa yang mahu berkongsi?
semua punya hati sendiri.
sendiri ada masalah sendiri.
aku juga memahami apa 
yang sering dihadapi manusia.
semua ada masalah.
semua mahu orang mendengar 
masalah2 mereka.
tetapi masing-masing penting diri!
Siapa yang mahu mendengar?
aku selalu berfikir kearah itu.
jika tiada siapa yg mahu mendengar,
aku sudi mendengar.

hidup ini umpama 
awan mendung.
adakalanya ia cerah apabila tiada
apa yang perlu diruntuhkan.
tetapi selalunya air hujan akan runtuh
kerana  awan berat dengan air.
sama seperti kita,
apabila tiada masalah,
kita senyum gembira.
tetapi apabila kita bermasalah,
lebatlah air mata membasahi diri.

sama jua seperti aku...




No comments:

Post a Comment