Thursday 8 April 2010

Hapuskan rasa ini!!!


Apabila aku membuka mata,
rasa itu ada.
Apabila aku memejam mata,
rasa itu masih ada.
Mengapa?
Mengapa rasa itu masih hadir?
Sedangkan ia mula membelit aku.
Aku rimas!
Aku lemas!
Aku tersiksa!
Lepaskanlah aku...
Aku mohon...
Aku tidak sanggup lagi bertopengkan
wajahku dengan senyuman.
Aku kecewa.
Tapi apalah dayaku untuk berkata.
Aku hanya mampu tertawa palsu dan menghamburkan
senyuman tanpa ikhlas.
Aku ingin meluahkan supaya hentikannya.
Seronokkah dikau melihatku
mengukir kepalsuan senyuman?
Bahagiakah dikau melihat keruntuhan airmataku
setiap detik kerana terpaksa menjadi
tembok penahanmu?
Tegarnya dikau melihat aku jatuh terbaring kaku
dan lesu menahan sendu kecewa.
kau dan rasaku ini kejam!
Aku tahu aku tidak berhak
bersuarakan begini.
namun aku hanya insan biasa.
bukan malaikat!
bukan tuhan!
Aku juga punya perasaan...
Aku juga bisa sedih...
Aku juga menangis...
Aku juga terluka...
Hati ini sering memberontak.
Aku mahu hilangkan rasa ini.
aku mahu.
biarlah hatiku tenang seperti sebelumnya.
Aku inginkannya...
biarlah kau terbang berkelana
pada dahan yang mengharap.
tapi bukan aku.
jika kau masih mempunyai akal
yang satu,
luahanku ini tidak akan lahir.
Aku tidak pernah berharap
mahupun menoleh kearahmu,
namun bisikan rasa ini menguatkan telahanku.
Aku gagal berpayungkan kekuatan
berdahankan ketabahan.
Aku mahu ketenangan hati dan jiwa.
Aku tidak ingin dibelenggu begini...
Aku tidak ingin...
Semakin hari rasaku ini semakin kuat.
padahal aku ingin sekali menghapuskannya.
Aku ingin...
namun kenapa hatiku tidak rela?
aku tidak mahu memiliki pungguk
yang didambakan sejuta bulan.
Ya tuhan...
kenapa...
kenapa aku......
Sesungguhnya aku yakin dengan apa
yang KAU lakukan padaku...
namun untuk yang satu ini,
hatiku rapuh...
Apa lagi yang harus aku lakukan.
Sayang, cinta dan kasih adalah
hati setiap insan.
bohonglah jika ada suara menyatakan
mereka tidak perlu 3 perkara tersebut
untuk membuktikan 3 perkara ini,
kekuatan, dorongan dan kebahagiaan.
Aku tidak tahu pada siapa lagi
ingin kuluahkan.
Hal yang tidak menarik dan membosankan ini
memang tiada yang ingin dengar.
aku mahu meluahkan pada sahabatku itu,
namun ada sahaja yang dia ketawakan,
ada sahaja dia siniskan,
ada sahaja yang ketidaksudiannya...
Aku mengerti...
jadi, pada entry inilah aku luahkan.
kerana ia sahabatku yang bisu,pekak,dan buta.
jadi aku selesa luahkan disini.
Aku rindukan suatu kenangan,
Dimana aku berdiri keseorangan
di hadapan sebuah tasik
dengan hati yang lapang,tenang,
damai, dan sentosa
tanpa kehadiran si pungguk,si dahan,sejuta bulan
dan rasa yang ingin ku hapuskan ini.

Aku inginkan kenangan itu kembali
walaupun aku tahu,aku
mungkin tidak akan berjumpa dengan mana-mana
burung sama seperti si pungguk.


No comments:

Post a Comment