Sunday 3 October 2010

Kini adalah KITA

Sejak kita mula bertemu,
matamu ku lihat,
sejak dari itu,
aku mengenalimu.

Ketika kau mula tersenyum,
aku menoleh,
sejak dari itu,
kau penawarku.

Ketika kau mula berduka lara,
aku datang padamu,
sejak dari itu,
aku pengubat dirimu.

Aku mula memandang serius padamu,
aku berkata-kata dalam hati,
aku mahu kamu,
kerna kau satu dan hanyalah satu.

Tika ini,
kita saling memiliki,
kau punya aku, aku punya kau,
apa yang aku mahu hanya kebahagian kita.

Setiap onar luka kita redah,
setiap duka resah kita harungi,
setiap kecewa lara kita bersama,
kita, takkan mungkin terpisah.

InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment