Tuesday 23 March 2010

~MaLaM sEmAkiN DinGiN~

Aku cuba untuk mendekati
tapi engkau tiada peduli
tulusnya niat dihati
mungkin kau tersalah erti

bukannya ingin merantai dirimu
ataupun mengikat janji
masih ada banyak lagi
harus kau pelajari

aku ingin kemesraan
serta senyum keramahan
biar kekal berterusan
tak hilang di tengah jalan

kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati...
aku juga kedinginan kerana sikapmu itu...
walaupun setebal mana selimut membaluti
aku masih kedinginan sepi tanpa berteman

kedinginanmu kerana malam
yang masih lagi panjang

kedinginanku jauh bandingan...
dengan dirimu..

usah biar malam tak berteman
usah biar siang kekosongan
sudilah kau memahami
ketulusan hati ini

Andai aku merajuk bawa hati
dan kau pun membawa diri
siapa harus dipersalahkan
pasti, kita berdua...

kedinginan disebalik kesenyapan

No comments:

Post a Comment